Wednesday, December 29, 2010

Stok kain dah update

Salam semua,
nak beritau..stok kain untuk custom made dah update.

dah upload juga kain baru di Fabric 2.

Sila silakan lah...

Tuesday, December 28, 2010

Loyal Customer-Rj Ila

Untuk kesekian kalinya...
Order daripada Raja Ila..


Drawstring Backpack untuk Ahmad Harith -anaknya-




Door hanging/Wall hanging khas untuk diberi kepada doktor yang merawat anaknya semasa Harith masuk wad aritu...


Wristlet



Wristlet munga2 untuk Amy Cynthia..
Saya tambahkan ngan coin purse yang comel...

Petite_Pencil Case


Pencil Case yang petite untuk Lulu Alya..
nak simpan gunting katanya.. :)

Slingy Bag and MasHobo bag

Salam pagi Selasa 28.12.2010
Tak berapa lama sangat dah nak buka sekolah semula...
hhaaaiiii rasa cam kejap je cuti...
bukan apa, dalam cuti2 ni pun saya tetap ke sekolah menyelesaikan beberapa perkara...
Jadi tak terasa sangat cuti nya tu...

Ok..kat bawah ni gambar MasHobo dan Slingy Bag



Beg belang2 untuk Wahida..

Buat pertama kalinya saya berjaya buat poket dengan zip yang macam ni..
(orang lain berzaman dah buatnya..saya baru terhegeh2)



Slingy bag untuk anak sedara Kak Salasiah



Saturday, December 25, 2010

All HomeSpun Thread Patterns are FREE!!

Ya..betul..
klik kat sini



Semua 29 paten tu...
jom la join cepat...Align Center


Tuesday, December 14, 2010

Giveaway yang PERTAMA daripada BALANCING

Salam semua,
Saya pun nak join juga GA daripada Balancing ni...

Saya copy terus daripada blog beliau ..



Japanese Cotton Fat Quarters



(Made in Vietnam - Hand Embroidered - Silk Bag)

(Handicraft assoceries)

Sempena Maal Hijrah ni saya nak buat giveaway:

Syarat-syaratnya;
  • Senang aja, beri komen - kata nak ikut serta giveaway.
  • Terbuka untuk semua.
  • Sesiapa yang share news giveaway ni kat blog dia, akan dapat 2 undian - the more the merrier. (jgn lupa beritahu, takut nanti dpt satu undian aja)

Harapnya nama saya naik untuk dapat hadiah2 ni...
toing!!

Tuesday, December 7, 2010

Suatu Penghijrahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca...



Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia. (kredit untuk Wikipedia)

Bersempena Tahun Baru ini saya juga ingin membuat perubahan dalam perjalanan hidup baik dari sedi keluarga, kerja mahupun perkara yang saya sangat sayangi dan minati iaitu ber KRAF.

Makanya bermula daripada hari ini Blog Ummisewingroom telah bertukar kepada Blog MaeCabanon (Kabin Mae). URL masih kekal (buat masa ini..) tapi namanya telah bertukar...

Diharapkan pertukaran atau penghijrahan ini akan memberikan lebih banyak inspirasi kepada diri saya...

Saya juga ingin membuat GA bersempena penghijrahan ini dan tunggukan kemunculannya ya....

terima kasih..

Order Form

Name:
Email Address:
Mailing Address
Contact No:
List of items
Payment Options CIMB
MAYBANK
Postage Pos Laju (RM 6.00 ; 1-2 hari)
Pos Ekspress (RM3.50-RM 4.50 ; 1-2 hari)
Pos Parcel (RM 3.00 ; 3 hari)

This form powered by Freedback