Showing posts with label Diri Sendiri. Show all posts
Showing posts with label Diri Sendiri. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Fikiran yang tak fokus memberi kesan terhadap reputasi..EDITED ENTRY

EDITED ENTRY

Assalamualaikum semua..
Kali ni entry tanpa gambar..sekadar untuk berkongsi tentang apa yang telah berlaku kepada saya hari ini..
Berkaitan dengan tajuk entry..

Hari ni buat pertama kali saya telah tersilap dalam menangani satu tempahan daripada seorang bakal ibu... :(
Lain spec yang diberi..(daripada segi warna kain) lain warna kain yang saya guna..nasib baik paten dan kain utama betul..

Jadi saya mengambil keputusan memulangkan semula harga penuh bagi barangan yang tidak mengikut spec tanpa perlu bakal ibu itu memulangkan barangannya....betul tak tindakan saya ni...? Saya rasa itu amat wajar dilakukan...
Biarlah saya rugi daripada menanggung rsa tidak puas hati orang terhadap saya..
Simpati juga saya terhadap bakal ibu itu yang menurutnya kali pertama dia membuat tempahan online..dah jadi macam ni....terukkan saya ni...?

Jadi situasi ini telah mencalarkan sedikit sebanyak reputasi saya..mmmm salah sendiri..sendiri mau tanggung la...kan??

Apa masalah yang saya hadapi semasa menyiapkan tempahan tersebut...?
Memang agak kelam kabut.... tapi tak perlu lah rasanya saya ceritakan di sini..
cukup saya katakan situasinya agak sukar, melelahkan sehingga hilang fokus utama saya.... :(
Mungkin bukan rezeki saya...
Mungkin ada rezeki lain yang sedang menunggu.....
insyaallah...
dan yang penting...taknak berlaku lagi masalah seperti ini...
buat catatan dengan betul dan FOKUS...!

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca luahan hati saya... :)

Sangat berterima kasih kepada pengunjung, rakan-rakan kraf, rakan-rakan yang lain kerana sudi membaca dan juga meninggalkan komen dan pandangan...
Saya tidak berniat untuk melukakan atau memalukan sesiapa.. sekadar meluahkan rasa hati..
Terima kasih semua!

Tuesday, January 3, 2012

CBOX



Assalamualaikum...
Besar kan gambar di atas..?
Bukan apa..nak maklumkan saya guna CBOX pula...
dan kembali ke kedudukan asal...
SIDEBAR belah kanan...
Sila la tinggalkan jejak ya..
Wassalam

Monday, January 2, 2012

Shoutbox dan Fan Page

Kotak Shoutmix dah tak boleh pakai..
So saya ganti dengan SHOUTBOX pulak..
Dan dah beralih tempat...
Sebelum ni kat Sidebar Kanan..
sekarang kat bawah header..
Kalau datang jenguk jangan lupa shout dan juga klik FanPage MaeCabanon ye...
Thanks.


Saturday, December 3, 2011

Sepintas Lalu..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca..
Hanya sedikit info..
Jika ada sesiapa nak membuat tempahan handmade items, boleh email maecabanon@gmail.com atau untuk reply cepat 0199354665..
Sekarang cuti sekolah..so ada banyak masa untuk saya menjahit... suker..

thanks and jumpa lagi..

Wednesday, November 9, 2011

Jubah Raya Haji


Assalamualaikum semua..
Penat masih bersisa..
Pagi tadi Majlis Korban 2011 SMK Peramu Jaya..
Saya dalam Jawatankuasa Menghidang (Pelajar, Guru dan Tetamu)
Terima kasih tak terhingga kepada krew pasukan dan guru-guru lain yang membantu baik secara langsung atau tidak langsung...

Dan kat bawah ni pula..2 keping gambar semasa Hari Raya Aidil Ahda hari tu..
Paie dan Eichik menggayakan jubah baru mereka...
Paie tu kebasahan sebab baru amik air sembahyang..nak ikut Abi ke masjid untuk sembahyang raya..
:)





Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Lahir!


Assalam semua..
hari ni bertambah lagi satu tahun umur saya..
alhamdulillah..
harapnya saya akan dapat terus bernafas di muka bumi Allah ini supaya saya dapat melihat anak-anak berjaya dalam hidup dan bagi diri saya sendiri semua perkara yang saya ingin lakukan terlaksana..
amin.

Friday, September 9, 2011

Kepada pemanggil daripada no 0388834036

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua rakan crafter dan pengunjung..
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua..

Hampir sebulan tidak mengemaskini blog ini..bukan bermakna sudah melupakan dunia blogging atau berkraf..tapi sememangnya sibuk dengan persiapan raya (menjahit baju) serta persiapan Ujian Penilaian Tiga yang baru lepas sebelum raya hari tu..

Insyaallah akan saya upload beberapa gambar hasil jahitan sebelum raya untuk dikongsi bersama..:

Sebenanrnya di kesempatan ini juga saya ingin menarik perhatian seorang bakal ibu yang telah menghubungi saya pagi tadi dalam jam 10:47 minit pagi bertanyakan Barut Baby..
Malangnya telefon saya kehabisan bateri dan saya tidak dapat mengecasnya semula sehingga lah saya pulang ke rumah..
Nama bakal ibu itu pun saya tidak berapa jelas..Apa yang saya dapat tangkap ialah Pn. Tasya..no yang menghubungi saya pula ialah 0388834036.
Saya ada hubungi semula no tersebut dalam jam 3.15 petang tadi dan tempatnya ialah di Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Awam..(if I'm not mistaken..) dan malangnya pegawai yang menyambut panggilan saya mengatakan tiada nama seperti yang saya sebutkan dan tiada juga staf yang sedang pregnant yang akan melahirkan dalam bulan Januari tahun hadapan...
fuuhh..memang salah saya.... dah la nama tak dengar betul2.. (bukan apa..dalam bilik guru tadi agak havoc dengan satu isu panas)...

JADI SAYA AMAT BERHARAP KEPADA BAKAL IBU YANG MENELEFON SAYA TADI AGAR DAPAT MENGHUBUNGI SAYA SEMULA SAMA ADA MELALUI 0199354665 ATAU EMAIL maecabanon@gmail.com..dan saya juga memohon ampun dan maaf..bukan sengaja saya putuskan panggilan tadi...bateri phone saya yang habis...
Harapnya kepada bakal ibu tersebut contact saya semula ya....

Monday, August 8, 2011

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah...
Ya Allah..sesungguhnya banyak yang telah berlaku kepada ku..hamba mu yang lemah ini..
Sehingga kekadang tak tertanggung perasaan ku ....
namun aku pasrah ya Allah.. Aku juga berpegang kepada kata-kata " Sesungguhnya setiap dugaan dan ujian yang Allah turunkan sememangnya dapat ditanggung oleh hambanya kerana hanya Dia yang tahu bahawa hambanya itu MEMANG mampu menaggungnya..Allah tidak akan menurunkan dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya.."

Aku pasrah Ya Allah...

Dan..alhamdulillah juga hari ini adalah hari yang ke 8 dalam bulan penuh barakah..yakni Bulan Ramadhan seribu nikmat..

Alhamdulillah..pada hari ini modem yang rosak telah dapat diganti dan wireless juga telah dapat di setting semula...begitu juga dengan kesihatan kereta ku yang semakin baik dan dan ASTRO yang telah diganti dekoder yang rosak dan ALHAMDULILLAH..segalanya berjalan semakin lancar...

Kesihatan ku dan anak-anak juga baik dan diharapkan berterusan tanpa sebarang masalah yang besar...

Alhamdulillah Ya Allah...

Amin...



Tuesday, July 12, 2011

Sekitar Sambutan Hari Koperasi 29 Jun 2011

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Hampir dua minggu tak update blog ni.

Dua minggu yang lepas juga teramat sibuk dengan aktiviti sekolah sehinggakan nak pegang mesin pun tak sempat sob..sob..sob

Apa-apa pun kita mulakan dengan review Sambutan Hari Koperasi SMK Peramu Jaya tahun 2011.

Saya buka booth dengan pelajar 1PJ2.

Ni lah antara jualan kami...





Blueberry Cheese Tart, Dottie Apoum, Black Moist Cupcake



Nutty Crunchy Nut, Superlicious Kebab

Tu kan atas tu..saya punya koleksi brooch dan hairclips.




Che Nur Asikim, Anis Saffia dan Iqa Sofea



Alhamdulillah...jualan habis dalam masa yang ditetapkan...

Tuesday, June 7, 2011

.......... SORRY....................


SORRY kepada semua yang membeli dan menempah denagn Mae Cabanon.
SORRY sebab ada beberapa bungkusan yang masih tak sempat dipos..tapi rasanya hari ni sempat ke post office..tunggu ya..mungkin esok atau lusa akan sampai kepada anda semua.
SORRY lambat pos barang-barang yang dah dibayar.
....
seminggu dua ni merupakan minggu yang sangat hectic bagi saya.. saya sangat letih otak dan fizikal..
trip ke post office pun selalu dibatalkan..

SORRY kepada :
ZULAIKHA
SUZI
SIS G
SIS MA
dan beberapa nama lagi...

saya takut nak berjanji tapi lain kali saya akan cuba atur masa saya sebaik mungkin untuk mengelakkan perkara macam ni berulang lagi...

MAAF SEMUA!

Friday, June 3, 2011

MaeCabanon Berwajah Baru.

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua.

Dalam seminggu dua ni kepada para pengunjung mesti perasan yang layout dan design blog dah berubah kan?
Setelah beberapa lama menunggu akhirnya tercapai jugak perancangan nak ubah blog ni.. dan terima kasih yang teramat sangat kepada IDA kraftypalette.

Kiranya saya adalh di antara beberapa client beliau yang terakhr sebelum Ida menutup order untuk membuat persediaan kehadiran cahaya mata baru.

So saya doakan semoga Ida selamat bersalin dan segalanya dipermudahkan untuk Ida.

Anyway thank you so much!

Wednesday, May 25, 2011

Almost Finish!

Assalam to all,

Sedikit maklumat terbaru...

saya sedang membuat ubahsuai layout blog ini... cute tak? :)

ada sikit lagi yang nak di setting..

apa2 pun sorry sebab agak messy..ni belum siap abis lagi ni ya...

jumpa lagi..

Monday, April 25, 2011

Apam Polka Dot

Assalam semua...

Meriahkan warna apam2 kat bawah ni?

Ni la projek saya ngan kawan saya Hazfaliza semalam (Ahad)

Tapi ada jugak yang merekah...

Ada sapa2 boleh share cara tak nak apam cantik ni merekah?

Thanks.








Friday, April 15, 2011

Tempahan Menjahit Baju Kurung Untuk Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua.



Just a short post.. nak maklumkan yang saya sedang membuka tempahan jahit baju kurung dewasa dan kanak-kanak (kurung biasa dan kurung Pahang) untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.

Tempahan diutamakan untuk penduduk sekitar Pekan dan Kuantan.

Email mae_dhani@yahoo.com atau 0199354665 untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.

Wednesday, December 29, 2010

Stok kain dah update

Salam semua,
nak beritau..stok kain untuk custom made dah update.

dah upload juga kain baru di Fabric 2.

Sila silakan lah...

Tuesday, December 7, 2010

Suatu Penghijrahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca...



Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia. (kredit untuk Wikipedia)

Bersempena Tahun Baru ini saya juga ingin membuat perubahan dalam perjalanan hidup baik dari sedi keluarga, kerja mahupun perkara yang saya sangat sayangi dan minati iaitu ber KRAF.

Makanya bermula daripada hari ini Blog Ummisewingroom telah bertukar kepada Blog MaeCabanon (Kabin Mae). URL masih kekal (buat masa ini..) tapi namanya telah bertukar...

Diharapkan pertukaran atau penghijrahan ini akan memberikan lebih banyak inspirasi kepada diri saya...

Saya juga ingin membuat GA bersempena penghijrahan ini dan tunggukan kemunculannya ya....

terima kasih..

Sunday, November 28, 2010

Kelas Kraf Bersama Kelab Nisa'

Salam pagi Ahad...

minggu pertama cuti sekolah dah berlalu... dan minggu kedua sedang menyusul...

Sebelum cuti ari tu... saya telah diminta oleh seorang sahabat untk membuat kelas kraf dengan ahli2 Kelab Nisa' Pekan. Dah lama saya duk kat sini tapi tak penah tau kewujudan Kelab Nisa' ni yang terletak di tingkat atas Klinik UmmuRoihan. Takpela..at least saya tau juga kan... ahli2 terdiri daripada para pelajar sekolah dan remaja berumur antara 10-18 tahun lebih kurang...

Kat bawah ni antara gambar2 nya...








Kit DIY untuk kelas ni...

Terima kasih!



Monday, September 20, 2010

Setelah sekian lama...

Assalamualaikum semua..
Rasanya masih tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua crafters, pembaca, pelawat, pengunjung, rakan2...

Sedar tak sedar dah sebulan lebih saya abaikan blog kesayangan ni...

Bukan takde cerita yang nak di share..banyakkk...cuma masa tak mengizinkan....

Masa bulan pose ri tu.. sibuk nak masak berbukanya..nak jahit baju nya...
haa..cakap pasal menjahit....alhamdulillah semua baju rakan2 yang percaya dan sanggup hantar kat saya untuk dijahit telah siap sepenuhnya pada hari tengok anak bulan ri tu...hehehe

Sudahnya baju anak2 siap petang sebelum raya dan baju sendiri pulak siap sepenuhnya pada pagi raya jam 5.00 pagi...huhuhu

Tk tau la mana yang silap..rasanya dah budget masa cantik punya dah..ooo...

ni mesti ada slek masa anak sulong saya kena chicken pox dalam minggu terakhir puasa....

dok tengok dia...

dan bercakap pasal chicken pox, saya nak kongsi dulu gambar2 ni...tengok ya....







ni lah penangan Chicken Pox raya ke 3...

ingatkan AbangLong dah baik takde la kena pada adik2..
rupanya kuman mengeram sampai raya ke tiga baru tunjuk taring...

Kesian anak Ummi...

Kena pada Rayhan kembar ke dua..

Buat masa ni abang kembar dia tak kena lagi...abang no 2 pun clear lagi...

Yang teruk sjung ni Abi dorang...muka bengkak abis...
huhuhu hilang dah kehensemannya...Cian abi...

Tapi tak dapat nak share gambar abi...Dilarang snap photo nya...

eemmmm...sian tengok dorang...mudah mudahan cepat lah sembuh semua...
AMIN

Tuesday, June 8, 2010

Suka pakai Shawl? Saya ada jual

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket


PhotobucketPhotobucketPhotobucket


Sila lah ke kedai maya saya www.onestopbabyznmom.com untuk mendapatkan shawls ni ya..

Maaf..n3 yang ni takde kaitan ngan handmade atau jahitan..

Tuesday, May 4, 2010

New tools

Hye...salam...

Alhamdulillah..hajat saya nak Bias Tape Maker ni akhirnya tercapai..

Sumer ni hasil ronda2 dan gebang2 kat OwlHeaven, Kuantan.

Ekcelli..dapat tau kedai ni pun daripada salah sorang crafter..tapi kan..lupa pulak blog nya.
Nanti saya check semula yer...

Harga kat kedai tu ok la..so..so..

Ada yang mahal sikit..ada yang murah sikit..

Tapi ok la sebab dekat jer ngan tempat tinggal ku...

Anyway memang suker!!







Bobbin case... cantik kan waner benang2 ni..


Order Form

Name:
Email Address:
Mailing Address
Contact No:
List of items
Payment Options CIMB
MAYBANK
Postage Pos Laju (RM 6.00 ; 1-2 hari)
Pos Ekspress (RM3.50-RM 4.50 ; 1-2 hari)
Pos Parcel (RM 3.00 ; 3 hari)

This form powered by Freedback