Showing posts with label Casing. Show all posts
Showing posts with label Casing. Show all posts

Monday, January 2, 2012

Samsung Galaxy Tab 7.0 plus Casing

Alhamdulillah..
Akhirnya Tab 7.0 plus dalam tangan..
Tapi susah betul nak cari casing..
so saya buat sendiri..







Just ok untuk simpan new gadget ni..

Friday, November 4, 2011

Cover mesin jahit dan ketuhar

 Assalamualaikum semua, lama sungguh blog ini tak di update..
saya ada cuma tak cukup masa nak buat entry baru...
dalam masa beberapa minggu ni banyak juga projek yang telah saya siapkan..
antaranya seperti di bawah..

nanti ada lagi..



Toaster Cover ditempah oleh Puan Anis





Sewing Machine Cover ditempah oleh Puan Nooraniza 





 

 Oven Cover yang ditempah oleh Pn. Nooraniza

terima kasih atas sokongan kalian!

Sunday, September 25, 2011

Bulan Syawal hampir ke penghujung...

Assalamualaikum kepada para pengunjung...

Ya..Bulan Syawal hampir ke penghujung...Selamat tinggal..Jika umur panjang kita akan ketemu lagi..

Entry kali ni nak share gambar-gambar hasil jahitan sepanjang sebelum puasa, semasa Bulan Puasa dan sepanjang Bulan Syawal..


Stationary Organizer untuk Kak Anis



Maternity Dress untuk Raja Ila


Stationary Organizer untuk Kak Anis


Diaper Stacker untuk Ling


 Baju Raya anak Ustazah Noorhayati


Baju Melayu anak Norliza


 Diaper Stacker untuk Ling 
 

Ooppss..ada pulak yang ni.... Keluarga Baru MaeCabanon.. High Speed Lockstich Yamasita




Slingy Bag untuk anak Kak Nahariah





Set Barut Bertali untuk Rosnaini


Gift untuk set barut





Beg Telekung untuk Kak Anis




Last but not least...Hard disc casing untuk Hanin


Ada lagi sebenarnya...
kebanyakannya baju kurung saya...Baju Kurung Pahang...

Memang sangat suka baju kurung style tu...

Banyak rasanya gambar yang diupload...
lepas ni tak tau la bila boleh update blog lagi...
Until then...
babai...


Sunday, January 23, 2011

Raja Ina punya..

Salam pagi Ahad..

setelah beberapa lama baru berkesempatan untuk update blog ni...
biasa la sekolah baru bermula memang sangat sibuk..
hari jumaat lepas baru selesai kejohanan merentas desan kali ke tujuh...

Gambar kat bawah ni permintaan Raja Ina kakak kepada Raja Ila.
Siapnya dalam cuti sekolah ari tu dah..




Customized 2 in 1 Pouch (untuk Cloth pads dan pantyliner;@wetbag)




External Hard dics Casing - felt



Sweet Flora Beg Telekung
Thanks Raja Ina...

Tuesday, November 30, 2010

Handphone Casing

Bahagian Belakang


Bahagian depan


Salam petang Selasa..

Hubby pegi antar Along ke kelas mengaji...
bawa sekali 3 orang budak noty...
So tinggal la saya sorang2 kat umah ni..
menikmati waktu seorang diri untuk beberapa puluh minit...
hihihi

Macam rangkap pantun pulak... =p

Ok..ni gambar2nya handphone casing yang diminta oleh student2 saya...
Berwarna warni.... :)




Wednesday, September 29, 2010

Tissue Case and GPS Casing

Selamat pagi Rabu...

Dah tengok inner syria dlama entry sebelum nih?

Takde yang berminat ker...uummm...

Hari ni nak share gambar sarung tisu poket dan sarung GPS yang diminta oleh Raja Ila...

Sarung tisu poket tu dia nak beri pada cikgu2 Rumah Sukan Biru sempena kerjasama padu dorang masa Sukan sekolah yang lepas.

Sarung GPS tu pulak untuk hubby dia dan 2 orang rakan baik hubby dia...

:)






Tuesday, June 8, 2010

Macam-macam Ada!

No.1 :
Wallet NO FEAR untuk kak G. Saya dah hampir2 putus asa nak buat wallet ni..Sebenarnya dah lama sangat Kak G minta buatkan..Saya dok tertangguh sebab nak buat NO FEAR tuh..Kak G kata wallet macam ni dah jadi Idaman hatinya sejak zaman sekolah lagi...Dengar je macam tu rasa kasihan pulak..so saya paksakan hati untuk buat sampai siap... Hasilnya..tadaa...!




No. 2 :
FuzaHandbag untu Nor Fauzana.
Ada zip sebagai enclosure dan kat dalam ada 2 poket.
Felt Butterfly sebagai charm!





No. 3 :
External Hard Disc Casing untuk Monnie.
Material Felt.





No 4 :
Mini tote yang diminta oleh Puan Sutinah, Guru Bidang Tek Vok sekolah ku.. Hajat Puan Sutinah nak dijadikan sebagai hadiah penghargaan kepada 2 orang guru praktikum subjek ERT yang dah abis praktikalnya kat sekolah ku ini.



No. 5:
Felt keychain yang diminta oleh Puan Hjh. Kartini, Guru Bidang Kemanusiaan untuk dijadikan hadiah birthday kepada 4 orang permata hatinya.
Nampakkan ada satu set besar gedabak...satu set lagi comey2 je saiznya..
psstt:::saya salah buat sebenarnya untuk set besar tu..tak sangka jadi besar cam gitu sekali..
So saya gantikan dengan satu set lain yang lebih kecil...:p



No. 6:
Mr. Bunny dan Lolly Butterfly keychain untuk Hanin...psstt..Hanin ni anak Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang tau! :p


*************************************************************************************

Order Form

Name:
Email Address:
Mailing Address
Contact No:
List of items
Payment Options CIMB
MAYBANK
Postage Pos Laju (RM 6.00 ; 1-2 hari)
Pos Ekspress (RM3.50-RM 4.50 ; 1-2 hari)
Pos Parcel (RM 3.00 ; 3 hari)

This form powered by Freedback