Sedar tak sedar dah hampir sebulan blog ni tak ber updated.
Bukan tiada projek..menjahit tetap menjahit juga walaupun terpaksa curi2 masa hujung minggu, cuma tak ter layan tangan ni nak upload gambar..nak kena edit lagi..penyakit M mula melanda diri...
So tetiba pula rasa RAJIN nak buat entry di tengah malam 16/01/2010 ni..
Sebelum tu just nak cerita..
Si kembar Eichik dan Eidhe baru je tido semula selepas adegan nangis2 gatal tekak agaknya...dorang batuk2. Si Dhani dan Paie pun batuk2 juga....
mmmm...dah tak boleh nak tidur semula..tapi mat mengantuk ni...
OK la, layan je la gambar hasil jahitan dan kraf ku sepanjang sebulan ni....
BAJU UNIFOM FARDHU AIN DHANI
First attempt ni sebenarnya buat baju kemeja cum baju Raihan. Rasa macam tak berapa kena tang leher tu..
"Takpela ummi, bang long nak pakai jugak baju yang ummi jahit.."
DRESS ADDAWIYAH (BABY GIRL KAK ROSLINA)
Kainnya Japanese Cotton. Lama dah beli tapi baru kali ni berkesempatan buat dress.
Just a simple dress. Simple sangat2..
Tu la ingat nak join JOM JAHIT tapi dah lepas due datenya..
Tapi tak pe..nak join buat Pencil Roller pulak nanti...
Boleh kan??
No comments:
Post a Comment