Tuesday, December 7, 2010

Suatu Penghijrahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca...



Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia. (kredit untuk Wikipedia)

Bersempena Tahun Baru ini saya juga ingin membuat perubahan dalam perjalanan hidup baik dari sedi keluarga, kerja mahupun perkara yang saya sangat sayangi dan minati iaitu ber KRAF.

Makanya bermula daripada hari ini Blog Ummisewingroom telah bertukar kepada Blog MaeCabanon (Kabin Mae). URL masih kekal (buat masa ini..) tapi namanya telah bertukar...

Diharapkan pertukaran atau penghijrahan ini akan memberikan lebih banyak inspirasi kepada diri saya...

Saya juga ingin membuat GA bersempena penghijrahan ini dan tunggukan kemunculannya ya....

terima kasih..

4 comments:

therosputih said...

assalamualaikum...

cantiknya hasilan akak kat sini....terpegun seketika...keep it up akak...

saya budak baru belajar...terus follow akak...hehehe

Rodzila said...

TheRosputih : Salam dik, terima kasih sudi ke bog akak ya..dan terima kasih juga sudi follow. Akak juga minat crochet tapi tak pandai2..boleh ajarkan? :)

therosputih said...

uish...rasa mcm nak bedebuk atas lantai je bila suh ajarkan....bukan tak sudi, tp terasa takde lah pandai mana mengait...tp kalau basic2 tuh, bolehla...mcm mana nak ajar nih...hehehe

Lisa said...

God bleess

Order Form

Name:
Email Address:
Mailing Address
Contact No:
List of items
Payment Options CIMB
MAYBANK
Postage Pos Laju (RM 6.00 ; 1-2 hari)
Pos Ekspress (RM3.50-RM 4.50 ; 1-2 hari)
Pos Parcel (RM 3.00 ; 3 hari)

This form powered by Freedback