EDITED ENTRY
Assalamualaikum semua..
Kali ni entry tanpa gambar..sekadar untuk berkongsi tentang apa yang telah berlaku kepada saya hari ini..
Berkaitan dengan tajuk entry..
Hari ni buat pertama kali saya telah tersilap dalam menangani satu tempahan daripada seorang bakal ibu... :(
Lain spec yang diberi..(daripada segi warna kain) lain warna kain yang saya guna..nasib baik paten dan kain utama betul..
Jadi saya mengambil keputusan memulangkan semula harga penuh bagi barangan yang tidak mengikut spec tanpa perlu bakal ibu itu memulangkan barangannya....betul tak tindakan saya ni...? Saya rasa itu amat wajar dilakukan...
Biarlah saya rugi daripada menanggung rsa tidak puas hati orang terhadap saya..
Simpati juga saya terhadap bakal ibu itu yang menurutnya kali pertama dia membuat tempahan online..dah jadi macam ni....terukkan saya ni...?
Jadi situasi ini telah mencalarkan sedikit sebanyak reputasi saya..mmmm salah sendiri..sendiri mau tanggung la...kan??
Apa masalah yang saya hadapi semasa menyiapkan tempahan tersebut...?
Memang agak kelam kabut.... tapi tak perlu lah rasanya saya ceritakan di sini..
cukup saya katakan situasinya agak sukar, melelahkan sehingga hilang fokus utama saya.... :(
Mungkin bukan rezeki saya...
Mungkin ada rezeki lain yang sedang menunggu.....
insyaallah...
dan yang penting...taknak berlaku lagi masalah seperti ini...
buat catatan dengan betul dan FOKUS...!
terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca luahan hati saya... :)
Sangat berterima kasih kepada pengunjung, rakan-rakan kraf, rakan-rakan yang lain kerana sudi membaca dan juga meninggalkan komen dan pandangan...
Saya tidak berniat untuk melukakan atau memalukan sesiapa.. sekadar meluahkan rasa hati..
Terima kasih semua!