Thursday, April 5, 2012

Fikiran yang tak fokus memberi kesan terhadap reputasi..EDITED ENTRY

EDITED ENTRY

Assalamualaikum semua..
Kali ni entry tanpa gambar..sekadar untuk berkongsi tentang apa yang telah berlaku kepada saya hari ini..
Berkaitan dengan tajuk entry..

Hari ni buat pertama kali saya telah tersilap dalam menangani satu tempahan daripada seorang bakal ibu... :(
Lain spec yang diberi..(daripada segi warna kain) lain warna kain yang saya guna..nasib baik paten dan kain utama betul..

Jadi saya mengambil keputusan memulangkan semula harga penuh bagi barangan yang tidak mengikut spec tanpa perlu bakal ibu itu memulangkan barangannya....betul tak tindakan saya ni...? Saya rasa itu amat wajar dilakukan...
Biarlah saya rugi daripada menanggung rsa tidak puas hati orang terhadap saya..
Simpati juga saya terhadap bakal ibu itu yang menurutnya kali pertama dia membuat tempahan online..dah jadi macam ni....terukkan saya ni...?

Jadi situasi ini telah mencalarkan sedikit sebanyak reputasi saya..mmmm salah sendiri..sendiri mau tanggung la...kan??

Apa masalah yang saya hadapi semasa menyiapkan tempahan tersebut...?
Memang agak kelam kabut.... tapi tak perlu lah rasanya saya ceritakan di sini..
cukup saya katakan situasinya agak sukar, melelahkan sehingga hilang fokus utama saya.... :(
Mungkin bukan rezeki saya...
Mungkin ada rezeki lain yang sedang menunggu.....
insyaallah...
dan yang penting...taknak berlaku lagi masalah seperti ini...
buat catatan dengan betul dan FOKUS...!

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca luahan hati saya... :)

Sangat berterima kasih kepada pengunjung, rakan-rakan kraf, rakan-rakan yang lain kerana sudi membaca dan juga meninggalkan komen dan pandangan...
Saya tidak berniat untuk melukakan atau memalukan sesiapa.. sekadar meluahkan rasa hati..
Terima kasih semua!

6 comments:

aimi said...

salam'alaik...

sabar ye kak..dgn customer mmg kdg2 mcm2...xpe...sy still suke beg2 yg akak jahit, da beli 2 pn sblm ni kan,huhu.. margaret beg kotak2 coklat yg boleh sling tu da jd best buddy bwk mn2 =)ade rzki nti sy order lg (^_^)all the best sis!!

Rodzila said...

Aimi: thank you so much dear aimi..ibarat air hujan yg turun membasahi bumi yg panas.begitu lah apa yg sy rs bila bc komen dr aimi.sejuk dan melegakan..
Bersemangat kembali rsnya...tq so much..sy amar hargai..:-)

UNI said...

Salam. sekadar berkongsi pandangan.
Saya rasa tidak perlu saudari menceritakan perihal bakal ibu tersebut. tentang kata-kata die dalam emel yg buat saudari terasa, saudari cakap die tidak bertimbang rasa, terlalu rumit, cerewet dan sebagainya. ini akan mengundang pelbagai persepsi (yang mungkin buruk) daripada mereka yang membaca blog saudari. cukuplah sekadar menyatakan saudari telah membuat sedikit kesilapan dan telahpun memperbaiki serta belajar daripada kesilapan tersebut (tanpa perlu memburukkan orang lain). Dengan ini, imej saudari tidak akan tercalar dan saudari akan lebih dihormati oleh pembaca blog saudari.

Saya mohon maaf sekiranya saudari tersinggung dengan pandangan saya ini. Saya doakan semoga saudari terus maju dalam perniagaan, insya-Allah. :)

Rodzila said...

UNI : terima kasih atas pandangan UNI..saya sedar akan akibatnya..tapi kalau dibaca betul2 itu sekadar lintasan jahat hati saya sahaja..bukan seperti apa yang betul2 saya maksudkan..apa pun terima kasih atas ingatan dan pandangan UNI..

delima said...

Ntah tetibe tringin lak aku nak komen disini...aku rase luahan perasaan ko tu normal je...tp aku heran bile baca respon kedua tu...apepun xpela siti..adat la kite manusia kekadang macam macam pandangan tersendiri, apepun situasi ko tu aku paham dan aku pikir normal je, biasala kite ni hanya manusia biasa dan kekadang cmtula hilang fokus.apepun aku doakan, perkara tu tak berlaku lagi dan smoga ko berjaya dalam ape jua yg ko lakukan...

Rodzila said...

Delima : :) thanks

Order Form

Name:
Email Address:
Mailing Address
Contact No:
List of items
Payment Options CIMB
MAYBANK
Postage Pos Laju (RM 6.00 ; 1-2 hari)
Pos Ekspress (RM3.50-RM 4.50 ; 1-2 hari)
Pos Parcel (RM 3.00 ; 3 hari)

This form powered by Freedback